Hi!!
I minta maaf la sebab tak mampu nak buat entry selalu
I hanya guna pc kt ofis saje,nak beli laptop belum ada kemampuan lagi
Setiap kali pikir harga laptop mesti kepala jadi pening
Oleh itu apa kata kita simpan je duit dulu..
Kepala tak pening ubat tak payah beli!haha
Ok I tipu..tak simpan pun duit tapi pergi ke lain
I mengaku I agak boros tapi sekarang I dah mula buat perancangan kewangan
Hanya sekadar ingat dlm kepala otak je
Belum mampu untuk praktik secara tulisan (dasar pemalas!!)
Kira ok la kan..?
Untuk mengelakkan daripada I terus merepek
Jom makan kerepek sambil membace entry ni...hahaha (tampar je muka I 100x)
Ok nak cakap pasal kawin ( nada serius ye!)
Akhir2 ni I banyak dapat invitation dari kawan2 utk
menghadirkan diri ke majlis perkawinan mereka
Kalau member2 yg memang couple tu invite ke kenduri mereka
Tak delah I rase surprise sangat
Sebab dah boleh agak yg mereka akan berkawin
Cuma tak tau bila lah kan..
Tapi yg paling buat I nak tercabut jantung
Bile ada member yg muka suci (maksudnya yg tak gebang couple2 ni)
Then, tibe2 je invite I kenduri dia
Maunya I tak tanya soalan bodoh
"BETUl KE NI WEH????"
bila dia reply
"ADE KE ORG INVITE KENDURI SUKE2?"
terus I hantuk kepala ke dinding
Bengap jugak aku ni!!
YE
Bila umur sudah berganjak 23 tahun dan sudah punya teman lelaki
orang takkan putus2 tanya
BILA NAK KAWIN?
I tak marahkan mereka..
Cuma pada I kalaulah I mampu (ada duit yg banyak)
Tak sempat pun mereka tanya soalan macam tu kat I
Silap2 mereka akan kata pulak
GATAINYA HANG MUDA2 NAK BERLAKI
OK!
Sekarang nampak macam kahwin muda salah
Kahwin lambat pun salah
Caranya mudah,bila orang tanya jawab saja
INSYAALLAH..KALAU ADA REZEKI AKAN DIPERCEPATKAN
Soalan recyle ni sebenarnya takkan putus orang tanya
Contohnya bila belum kahwin, mereka akan tanya bila mahu berkahwin
Bila belum punya anak selepas berkahwin, mereka akan tanya sudah mengandung ke
Bila sudah lahir anak, mereka akan tanya bila yg kedua
Dan sampai anak2 kita besar mereka akan bertanya lagi
Bila anak kamu mahu berkahwin
SEE!!soalan ni takkan pernah habis
Kalau ikut secara logik la kan...
Siapa yg tak mahu berkahwin?
Semua orang mahu mempunyai pasangan yg sah untuk menemani kehidupan sehari2
Tapi jika masih belum mampu
Macamana mereka nak berkahwin?
Bukan setakat utk melangsungkan majlis perkahwinan je perlukan duit
Tapi utk menjalani kehidupan setelah bergelar suami isteri juga memerlukan duit yg banyak
Jadi..
Biarkanlah mereka berusaha jangan yg hanya melihat ni tahu mengutuk saja
Doakanlah mereka
Moga Allah mempercepatkan jodoh & menambah rezeki mereka
P/s : Buat Kak Aziah, entry ni Nisa memang dah buat sebelum comment kat FB tadi. Ni kira ilham yg dah lama terperap..jgn marah =)
No comments:
Post a Comment