Nuffnang Ads

Thursday, 13 October 2011

Kahwin





Hi!!
I minta maaf la sebab tak mampu nak buat entry selalu
I hanya guna pc kt ofis saje,nak beli laptop belum ada kemampuan lagi
Setiap kali pikir harga laptop mesti kepala jadi pening
Oleh itu apa kata kita simpan je duit dulu..
Kepala tak pening ubat tak payah beli!haha
Ok I tipu..tak simpan pun duit tapi pergi ke lain 
I mengaku I agak boros tapi sekarang I dah mula buat perancangan kewangan
Hanya sekadar ingat dlm kepala otak je
Belum mampu untuk praktik secara tulisan (dasar pemalas!!)
Kira ok la kan..?


Untuk mengelakkan daripada I terus merepek 
Jom makan kerepek sambil membace entry ni...hahaha (tampar je muka I 100x)

Ok nak cakap pasal kawin ( nada serius ye!) 
Akhir2 ni I banyak dapat invitation dari kawan2 utk 
menghadirkan diri ke majlis perkawinan mereka
Kalau member2 yg memang couple tu invite ke kenduri mereka
Tak delah I rase surprise sangat
Sebab dah boleh agak yg mereka akan berkawin
Cuma tak tau bila lah kan..
Tapi yg paling buat I nak tercabut jantung
Bile ada member yg muka suci (maksudnya yg tak gebang couple2 ni)
Then, tibe2 je invite I kenduri dia
Maunya I tak tanya soalan bodoh
"BETUl KE NI WEH????"
bila dia reply
"ADE KE ORG INVITE KENDURI SUKE2?"
terus I hantuk kepala ke dinding 
Bengap jugak aku ni!!

YE
Bila umur sudah berganjak 23 tahun dan sudah punya teman lelaki
orang takkan putus2 tanya 
BILA NAK KAWIN?
I tak marahkan mereka..
Cuma pada I kalaulah I mampu (ada duit yg banyak)
Tak sempat pun mereka tanya soalan macam tu kat I
Silap2 mereka akan kata pulak
GATAINYA HANG MUDA2 NAK BERLAKI

OK! 
Sekarang nampak macam kahwin muda salah 
Kahwin lambat pun salah
Caranya mudah,bila orang tanya jawab saja 
INSYAALLAH..KALAU ADA REZEKI AKAN DIPERCEPATKAN



Soalan recyle ni sebenarnya takkan putus orang tanya
Contohnya bila belum kahwin, mereka akan tanya bila mahu berkahwin
Bila belum punya anak selepas berkahwin, mereka akan tanya sudah mengandung ke
Bila sudah lahir anak, mereka akan tanya bila yg kedua
Dan sampai anak2 kita besar mereka akan bertanya lagi
Bila anak kamu mahu berkahwin

SEE!!soalan ni takkan pernah habis

Kalau ikut secara logik la kan...
Siapa yg tak mahu berkahwin?
Semua orang mahu mempunyai pasangan yg sah untuk menemani kehidupan sehari2
Tapi jika masih belum mampu 
Macamana mereka nak berkahwin?

Bukan setakat utk melangsungkan majlis perkahwinan je perlukan duit
Tapi utk menjalani kehidupan setelah bergelar suami isteri juga memerlukan duit yg banyak
Jadi..
Biarkanlah mereka berusaha jangan yg hanya melihat ni tahu mengutuk saja

Doakanlah mereka
Moga Allah mempercepatkan jodoh & menambah rezeki mereka





P/s : Buat Kak Aziah, entry ni Nisa memang dah buat sebelum comment kat FB tadi. Ni kira ilham yg dah lama terperap..jgn marah =)

Tuesday, 20 September 2011

TQ So Much Nina In Japan ♥

Assalammualaikum!
Pagi tadi bangun rasa lebih tenang  ^__^
Lebih tenang lagi bila tengok si Nina yang comel



Tak macam semalam hampir sehari suntuk I menangis
Mana taknya,tak habis lagi bayang-bayang Nina dalam otak ni
sampai Mr Bf cakap 
"Awak... dia bukan meninggal dunia. Dia dah besar kan? Kena ada hidup dia sendiri "-kasar betul ayat!!
Yela.. Fine!Fine!Nina dah besar.
Tapi lepas tu 
Meleleh lagi air mate T_______T
Agaknya dia bengang sangatkan, terus dia cakap
"Tak tahu nak cakap apa lagi nak buat awak tenang.."
Peduli lah..
I yang tengok video Nina tiap hari 
mane dia nak tahu betapa dekat hati I dengan Nina tu..
I claim kat Mr BF anak kami nanti mesti macam Nina =P
hahaha padan muka dia!
Sah-sah la dia tu Melayu tulen kan?mane la nak dapat anak 
muka mix comel macam Nina
(gurau je ye awak....)



Tapi hari ni hati I berbunga-bunga sebab.....









Papa Nina reply comment I kat YouTube..

Bangga kejap I 
Yela bukan senang nak dapat kan?
Rasa seronok gila tersengih-sengih I sampai sekarang.
Ceh!!!!!macam dapat message dari bf la pulak..haha



 TQ Nina, Geofg (Nina's Papa) and Nina's Mama!

Love ♥♥♥




















Monday, 19 September 2011

No more Nina in Japan from YouTube

Ingat lagi kat Nina yg I pernah post dulu?
SINI 





 awesome NINA
















dan yg terbaru
6 years old Nina


Alkisahnya sampai office pagi tadi terus online 
buka YouTube 
konon nak tengok video yg terbaru dr Nina..
Tapi yg sedih dan memeritkan hati ini 
bila bace msg video dr Papa Nina 
mengatakan video ni yg terakhir dr Nina
terus sentap gila-gila. 
Tapi tak nangis lagi masa tu masih cool .. 



Bila dah ulang sampai 4, 5 kali video ni
Lastly menangis jugak T___T
sebab kat dalam video ni pun ada kata-kata Papa Nina 
yg buat I bertambah sedih
Rasa mcm looser gila
 
Dah la tak duduk kat Jepun
Sedara Nina pun bukan
Jadi macam mane nak tengok Nina lagi?
Sedihnya ...
Terus sob sob


 Walaupun perkenalan I dengan Nina adalah tidak disengajakan
Bila one of my FB freinds (Ok, serius I tak ingat siapa gerangannya) 
post this cute video


 



 Cute kan?
Mulut bercelabeh je.. 
Yg sweet bila dia ckp "Papa Daisuki!" - Papa I Love You
Comel sangat!

Lepas dari kejadian tertengok video tu,
Boleh dikatakan tiap hari I tengok video Nina
yg paling mengada bila I tengok video yg sama sampai 10x -addiction gila
Rasa mcm stalker pun ada
Kadang-kadang Papa Nina tu rajin jugak post pasal parenting tips 
Bagus kan?
Family dorang ni memang rajin pergi berjalan
tak kisah la ke mana
ke hutan pun ada
Parents Nina pun selalu main game dengan Nina
Dan I pernah terbaca artikel 
yg mengatakan permainan olok-olok buat kanak-kanak cerdik!

Thumb up buat parents Nina
Nina bertuah sebab ada parents yg sgt sayangkan dia
Selalu cuba berikan yg terbaik buat Nina
Dan parents Nina jugak bertuah 
sebab ada anak yg wonderful mcm Nina

 Lunch tadi Mr BF hantar makanan
Kira makan kat office jela sorang-sorang..
Mase nak ambik makanan tu dr Mr BF
Rasa sebak & sedih semacam
Mula lah gosok-gosok mata 
Konon nak tahan air mata  tak pun
buat-buat mcm mata masuk habuk la
Padahal kuar jugak air mata tu

Terkejut Mr BF..
Beria dia tanya kenapa I menangis?
Menangis punya menangis 
Akhirnya I mengaku yg I menangis sebab teringat 
pasal Papa Nina dah tak nak post video lagi..
Terus dia cakap "Hek eleh..ingat apa tadi"
Agaknya dia ingatkan I terharu sebab dia bawa set lunch ke kan?  
Agak jela... Kesian dia..
Tapi tadi dia ada msg bagi tau
"Nanti kita letak nama anak kita Nina eh?"
hehehe suke sangat! =)
Kuat betul pengaruh Nina dalam hidup I kan?


I ♥ Nina




P/S : Harap-harap 20 tahun lagi Nina akan ganti tempat papa dia post video anak dia pulak kan? 
20 tahun lagi I dah 43 tahun..Alamakk!!!Dah tuanya..
Tak nak pikir lagi Bye2x!









Saturday, 23 July 2011

Handset Berenang

Kelmarin..

 Handset lucky draw dinner ES jatuh dalam periuk air + sisa sambal
I panik gila terus pegi basuh..
Boleh...?
Lepas tu I baru terpikir, Eh..apehal aku basuh pulak?
Tibe2 handset off sendiri
Cuak gile.. I stress dgn semua org =(
Nasib baik ade sifu ~ yana (angah) a.k.a momo
Die suh keringkan handset pakai hairdryer
I tau memanglah tak mahal handset tu..
Tapi I syg sgt (kalau handset tu rosak tak lucky la I kan?haha)
Finally, disebabkan umur handset tu masih panjang..
We live happily ever after , so that's mean I lucky person la =P

cenggini la rupa handset berenang tu..tapi I punya extra dgn hasil seni bercalar-balar







Tuesday, 5 July 2011

Saya Sayang Kucing ♥

Sebelum ni  I tak suka langsung kurang suka haiwan peliharaan termasuklah kucing.(meow meow)
Bukan ape rase geli je bile dia datang gesek-gesek badan yang berbulu2 dia kat kaki kita.

Rumah my BF byk kucing.
Pernah sekali tu I ckp kt my BF


I : U,nanti kita kawin I tak nak rumah kita ade kucing.
BF : Memang la..I pun dulu mase kecik ade lelah disebabkan kucing.
Nak pulak skang ni I resdung kan,I tak tahan dgn bulu2 kucin. Ni family I yg suka bukan I. 
 

Tapi tu hanyalah sejarah




Sebabnya...Semenjak tahun lepas
Bos I (sebenarnya anak dia,si DAFINAH tu yg beria2) gave me something for my birthday..









Presenting........













Minkey in the house



Keletah dia buat I teringat2.Kalau I keluar pegi poya2  walaupun sekejap mesti I tak keruan...
myBF selalu ckp I lebihkan Minkey dari die.
Asik risaukan Minkey tak makan padahal die I tak langsung kisah tak berapa  risau dah  makan ke tidak..
(oh syg,thats why u kurus melidi) =P

Alasan, Minkey dok dalam cage. Mane die tau cari makanan sendiri. U kat luar makanan byk je depan mata.
Pernah sekali tu kiteorg keluar dah sampai KLCC  pun
Tibe2 I baru teringat yg Minkey belom makan.Terus buat muke seposen.
Yg kawan ni ( BF I la kn)  terpaksa la patah balik (berani dia tak patah balik, kalo tak I mogok)


Kadang my BF suke perli2 I balik.
ohhh,dulu U kate tak suka kucing kn?
Nanti Minkey tu kite jual nak?
KEJAMMMM tak??!!
benci betul!


Utk Minkey yg tercinta, Mak sayang kamu sangat!
mcm lah dia pandai bace kan..


Bye2













Friday, 24 June 2011

Pembekal Bakeri

Pinjam dari Cik Google


Bukan senang nak jumpe kaum MELAYU jadi pembekal bahan-bahan untuk buat kek roti n segala yg seangkatan dengannya.

Biasanya CHA YA NUN ALIF je yang jual.
Jadi status HALAL tu selalu merungsingkan kepala otak.
Kadang memang susah betul nak beli sebab tak pasti samada HALAL atau tak kan..
Kalo nak beli biasanya I tengok dulu tanda HALAL then tengok bahan-bahan yang dorang guna untuk hasilkan produk tu. Kalo ade bahan-bahan yg MERAGUKAN memang I tak beli beb!
Kite kena ingat makanan merupakan darah daging. Berkait dari kite sampai ke generasi seterusnya. Jadi kena berfikir dengan panjang dan sedalam-dalamnya

Penah satu ketika I terfikir, kalo I (Kalolah ye...) banyak duit nanti
I nak jadi Pembekal Bakeri.
Insyaallah!

So, kelmarin I search kt google pasal pembekal bakeri ni.Cari list satu MALAYA.

Habis,nak niaga bulan puasa nantikan? Kena lah cari dari awal.

Jangan jadi macam tahun lepas merata pusing2.Letih OK! Memang tak sanggup.

Paling menarik I jumpa  PEMBEKAL BAKERI MILIK MELAYU
Kagum sungguh hati beta!  ^_^

Cuma jauh sikit la dari rumah  I..
Ape de hal..tiap Ahad pegi kelas kat INTEC Shah Alam kan so boleh pegi kat situ sekali.
Shuke2!

So sape-sape yg nak beli barang pegi lah ke sana eh.





P/s: I bukan racism dan tak dapat ape2 bayaran utk promo pun.Cuma nak tolong sesama melayu..Tambahan MUSLIM kan,jd jgn fikir bukan2 ok!


Friday, 20 May 2011

Maafkan Daku







 Owh tidakkkkk!!


Blog I dah bersawang
Insyaallah..
I akan buat entry baru
Hari ni kalau sempat la
kalau tak..esok maybe juga lusa




Nak cari idea yang best2!

Nuffnang Ads